Rabu, 3 Mac 2010

MUSTAFA KAMAL ATATURK - Mayatnya Tidak Diterima Bumi

MUSTAFA KAMAL ATATURK - Mayatnya Tidak Diterima Bumi



Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK??

Benar.. Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam..



Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini... Moga Allah melaknat beliau..

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).



Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

Na'udzubillahi min zaalik....


Wallahu'alam

32 ulasan:

  1. Nauzubillah, smoga menjadi pengajaran dan sempadan.

    BalasPadam
  2. nauzubillah hebat sungguh kuasa allah s.w.t,,

    BalasPadam
  3. inilah manusia yg dibanggakan oleh sejarah, hakikatnya inilah sehina2 manusia yg pernah menumpang hidup di atas muka bumi.menyesal kerana dalam buku teks masa sekolah tidak digambarkn langsung bhw dia ini pembelot agama.kenapa malaysia negara yg islam berdaulat suka mencedok silibus dari barat bermula dr peringkat rendah hingga ke universiti.bgmana hendak maju kalau suka jadi ikut-ikutan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.saya sokong dgn ape yg awak cakapkan tu..buku teks masa sekolah tdk mengambarkan keadaan sbnr sape dia

      Padam
  4. artikel ni mmberi kesedaran kepada kita walhal kita sndri tidak diterangkan dakam kelas sejarah..terima kasih

    BalasPadam
  5. Mengikut kajian hamba, kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah bermula dengan rasuah Sharif Al-Hussin(Datuk kepada Raja Jordan sekarang)Jeneral di Mekah ketika itu dan kemudiannya rasuah diterima Raja Abdullah ibni Saud - datuk kepada Raja Saudi sekarang. Kamal Ataturk hanya penyudahnya, iaitu setelah menerima arahan dari British supaya khalifah dipecat pada Mac 1924.

    BalasPadam
  6. mohon untuk di share...untuk pengetahuan semua

    BalasPadam
  7. atas dasar kalimah kita diijab dan dengan kalimah kita hidup. kira berlaku kesilapan dan salah makanya kejalan allah lah kita kembali tetapi kiranya kita terlalu jauh dari kalam nya maka bertaubat lah jalan nya. kesilapan tu harus ada pembetulannya jadi kenapa harus tunggak dengan ego maka sesat lah arah nya

    BalasPadam
  8. Dari mana sumbernya kisah ni? Mohon berhati-hati agar tidak terbabit dengan fitnah ni atas orang yang dah mati.

    Mohon saya perbetulkan sikit beberapa maklumat di sini:
    1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
    Ataturk tidak meletakkan syarat kalau nak pakai tudung tuh. Dia hanya membenarkan malah menggalakkan wanita tidak memakai tudung. Serupa macam di negara kita sekarang ni jugak.
    2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
    Syarat ni pun tak ada. Lagi pun memang dorang pakai seluar labuh pun masa zaman Osmaniah dulu.
    Yang dia buat ialah revolusi topi (shapka devrimi) iaitu melarang pemakaian fez atau tarbus.
    3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
    Dia tak suruh. Dia membenarkan aje. memang dia pun suka menari sama. Macam di zaman sekarang jugak di negara kita.
    4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
    Ni betul. tapi orang ditempat kita ni pun sama jugak. Tok Haji pun pakai kot dah.
    5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
    Ni betul. Tapi masa zaman akhir Osmaiah dulu pun dah ada kebebasan ni terutama di kawasan Beyoglu, Istanbul.
    6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
    Ni bukan pada zaman Ataturk. Serupa macam azan tu, ni pada zaman Inonu.
    8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
    Ni pada zaman Osmaniah lagi dah ada. Kalau tengok senibina masjid dan istana yang dibina bermula kurun ke 18, senibinanya corah Baroque dan atau Rokoko iaitu corak berasal barat.
    Tu saja buat masa ni. kalau nak tau detail, boleh tanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betoi hang cakap...sibiji mcm negara kita yg dipimpin oleh umno haprak

      Padam
    2. Bukan HANYA sebuji macam UNMO sahaja...

      SEMUA PARTI YANG MENDOKONG DEMIKRASI ADALAH SAMA SEPERJUANGAN DENGAN MUSTAFA KAMAL ATARTURK INI...

      UMNO=PAS=PKR=DAP=MCA=MIC=SELURUH PARTI POLITIK=IDEALOGI MUSTAFA KAMAL ATARTURK

      Padam
    3. Bukan HANYA sebiji macam UNMO sahaja...

      SEMUA PARTI YANG MENDOKONG DEMOKRASI ADALAH SAMA SEPERJUANGAN DENGAN MUSTAFA KAMAL ATARTURK INI...

      UMNO=PAS=PKR=DAP=MCA=MIC=SELURUH PARTI POLITIK=IDEALOGI MUSTAFA KAMAL ATARTURK

      LEBIH TERUK PAS SBB BAWA NAMA ISLAM TETAPI FANATIKKAN UNDI DEMOKRASI SANGGUP BERKAHWIN MUTAAH DGN DAP YG JELAS2 KAFIR HARBIIIIIIII

      Padam
  9. Saya baru melihat sabuah filem Turki Veda Attaturk.......Kisah nya meriwayat kisah hidup attaturk dari satu perpektif.....
    Ibu nya mahu dia belajar di sekolah agama tapi bapa nya hendak dia belajar di sekolah biasa..
    Di Thalusniki bandar kelahiran nya di Greek sekarang ini mumpunya 55000 Yahudi,25000 Islam,16000 greek. Akhir nya dia memasuki sekolaqh tentera
    Dia adalah mangsa keaadaan semasa itu Kerajaan Othmaniah tersepit di antara Modenisma Young Turk yang fahaman sekular/modenisma/nationalisma - pemberontakan Wahabi Arab- Kepungan Imperialis Barat
    Yang memecahkan Kerjaan Othmaniah selepas kekalahan perang 1918.
    Jasanya di pertempuran Galipoli dan mengusir kaum greek dan memerdekaan Wilayah Turki Moden
    Rasa rendah diri atas kekalahan .........membuat kesimpulan perlu modenisasi dan tinggalkan tradisi Islam Parsi Arab tiru barat Bula Bulat
    .......dia mempelopori buang kopiah pakai topi,wanita buang tundung dan menulis kuraan dalam romanise memperkenalkan tulisan romanise yang kita juga tiru
    Jadi kita tidak lagi baca jawi....wanita mula buang tudung sehingga gerakan bertudung mula semula pada akhir 1970an
    Itu sejarah Kamal ada jasa dan ada dosa...Lupakan dia. Sekarang apa kita perlu buat..mula dari anda
    OIC satu institusi moden bagi menyatukan Umat Islam sejauh mana kita mengisikannya....
    Sekarang hampir 100 tahun dari buangan institusi Khalifah.........Kesultanan Melayu adalah gabenur kepada khalifah.....apa yang kita buat untuk mengukuhkan nya
    Sekarang PKR hendak mengikut jejak Kamal mahu memusnahkan Institusi kesultanan...Apa yang anda buat. Itu lebih penting dari meratap tentang perbuatan Kamal..

    BalasPadam
  10. Pada tahun 1908 ...........permulaan abad lalu
    {Kita memulakan abad baru 2011-impak nya ke 2200} Young Turk berfahaman moden mahu mengubah Institusi Kekahalifahan Othmanian kepada suara rakyat melalui perwakilan parlemen. Sultan Abdul Hamid Khalifah ketika itu......Apa yang di amalkan di Malaysia adalah yang di mulakan oleh Young Turk Constutional Monarchy.
    Syed Hussian Ali Gabenor di Hijaz memberontak dan bersekutu dengan musuh Islam British untuk mengulingkan Kerjaan Othmaniah di Negeri Arab. Akhir nya negara Arab berpecah di bawah berbilang Raja yang sukar di satukan menjadi sebuah Negara Pan Arab, Kumpulan Arab muda di Ketua oleh tentera Gamal Naseer di ikuti oleh Sadam Hussin dan Al Ghadafi. Namun penyatuan negara Arab masih gagal setelah 100 tahun. Tunku telah mempelopori satu wadah OIC - Oganization Islamic Conference - bermodelkan UMNO 1948 yang mana bermula dengan penyatuan persatuan dan gerakan Melayu. Apa kata Tunku? susah lah dengan Arab ini. OIC tidak mantap padahal ia boleh menjadi kuasa Ekonomi dan Politik yang kukuh. Tunku yang telah berjaya berjaya dan mengimbangi Raja Raja Melayu dan Bangsa di Tanah Melayu melalui perikatan kemudian BN telah mengujudkan kesatbilan dan kemajuan ekonomi selama 50 tahun: dari Timah ke Getah ke K Sawit ke Industri harpan negra maju 2020.Kejayaan dan kegagalan bergantung kepada KITA.
    Sekarang Arab memberontak lagi...telah membunuh Sadam Hussin ,Mengulingkan Mubarak dan dalam percubaan menguling Al Ghadafi.....
    Adakah Arab akan bersatu selepas ini adakah arab akan maju selepas ini?
    Siapa lebih berjaya sebagai Negarawan
    Tunku Abdul Rahman
    Kamal Ataturk
    Gamal Nasser
    Ana didek Nasser - Mubarak,Al Ghadafi,Sadam Hussin

    KEMANA KITA HENDAK TUJU

    BalasPadam
  11. Semoga pedana menteri malaysia tak jadi macam kamal antartuk.

    BalasPadam
  12. eloklah tu... artikal ni disebarkan bertepatkan dengan isu HUDUD sekarang ni... seiapa yang menolok Hudud umpama menolok hukum Allah. boleh diketegorikan sama spt kamal antartuk...

    BalasPadam
  13. ulasan yg bgus.. tlong perbnykan benda2 mcm ni spy dpt memuhasabkan diri.. tq ats prkongsian..

    BalasPadam
  14. bila tengok keadaan malaysia sendiri...tidak perlu mengambil contoh negara islam yang lain..suda cukup untuk membuat hati ini sentap..siapa majority yang masuk club dan mmnum arak,zina,buang bayi,mcm2 kejadian yg umat islam di malaysia buat tanpa rasa malu.....tanpa sekatan...bahkan tiada hukuman berat...

    BalasPadam
  15. aliran cerita ini hampir sama dengan aliran malaysia sekarang.. cuma pendekatan yg berbeza..
    jngan salahkan apa yg orang buat, fikirkanlah apa yang harus kita sendiri buat..
    Mafhumnya: "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."[Surah al-Tahrim, ayat 6].

    BalasPadam
  16. subhanallah..syukran atas perkongsian..
    sedikit sebanyak memberi info kepada saya siapakah mustafa kamal ni..

    BalasPadam
  17. Sebenarnya kejatuhan pemerintahan islam di turki yg berasaskan khalifah adalah berpunca dari kelemahan umat islam itu sendiri. Mustafa kamal atartuk itu hanyalah penyebab yg mempercepatkan kejatuhan dan keruntuhan kerajaan berbentuk khalifah dizaman itu. Kenapa ini terjadi dan apakah peranan para ulamak pada masa itu. Di manakah mereka bersembunyi. Begitu juga halnya dengan keadaan kita di Malaysia pada ketika ini yang telah banyak kali dicabar akan kedaulatan raja raja Melayu dan keistemewaan orang orang Melayu padahal perkara ini telah di perlembagakan dalam Perlembagaan Malaysia dan dianggap telah selesai. Tetapi kenapa masih di politikkan. Apakah tanpa menyebut kedua isu tersebut seorang ahli politik tu dianggap kurang gahnya dan bila ia mengeluarkan isu itu barulah dia dianggap seorang ahli politik yang banyak pengaruhnya. Masalahnya pula penyokongnya pula berasa bangga dan memandang tinggi ahli politik tersebut dan melebelkan ia sebagai hero. Padahal ahli politik itu sebenarnya buta sejarah dan tidak tahu peribahasa melayu iaitu dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Selanjutnya sebagai seorang ahli politik mestilah berjuang untuk membawa kemajuan kepada rakyat yang diwakilnya. Tetapi kerana kebodohannya dan tidak ada halatuju dalam politik maka dia lebih suka membawa isu isu yang telah selesai dan telah diputuskan oleh pejuang pejuang awal yang menuntut kemerdekaan. Padahal kalau ahli politik itu hidup dizaman awal kemerdekaan kemugkinan dia pun termasuk orang orang yang dihantar menjadi buruh paksa untuk membina landasan keretapi ke burma. Tapi kerana ia hidup di zaman sudah merdeka dan menghirup udara kemerdekaan negara dan belajar dalam suasana aman dan hidup sekeluarga di rumah tanpa dalam ketakutan maka dia telah terlupa perjuangan tokoh tokoh kemerdekaan negara yang telah memberi dia peluang untuk hidup dalam keadaan serba mewah pada hari ini. Mereka terlupa pejuang pejuang negar yang terkorban dan keadaan keluarga pejuang yang gugur mempertahankan negara Malaysia tercinta. Apa tidaknya berapa ramai para isteri jadi ibu tunggal, betapa ramai anak menjadi yatim dan berapa ramai ibu bapa kehilangan anak mereka yang terkorban di bumi pertiwi demi membela bangsa,agama dan negara. Kemngkinan juga bila disemak balik sejarah keluarga ahli politik itu langsung tidak ada keluarganya menjadi pejuang mempertahankan negara ataupun dizaman itu asyik mengaut keuntungan saja. Itulah kalau bercakap isu isu yang dinyatakan di atas janganlah temberang konon dialah pejuang bangsa padahal tanpa perjuangan tokoh tokoh pejuang negara yang lalu kemungkinan ahli poitik tersebut masih lagi berada di bawah tempurung ataupun menjadi peminta sedekah ataupun jadi hamba abdi ataupun tidak ada imej langsung untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan rakan rakan.

    BalasPadam
  18. nauzubillah hebat sungguh kuasa allah s.w.t dan smoga menjadi pengajaran

    BalasPadam
  19. rasanya tak perlu laa nak ada unsur2 politik dalam hal ni,bila bab agama pon kita nak masukkan unsur2 politik pihak tu salah pihak ni salah parti ni xbetul parti tu xbetul,mane pergi originaliti Islam dalam hidup kita,bila berbincang pasal permasalahan dalam agama,rasanya xperlu nak ada unsur2 nak berpecah ni,kita mesti bersatu selesaikan masalah kembalikan keagungan Islam,wallahua'alam....

    BalasPadam
    Balasan
    1. betu betul betul sye setuju

      Padam
  20. wujudnya rukun negara secara tidak sedar hanyalah sebagai mencabar rukun islam dan iman kenapa kita tidak terus mengunakan rukun islam dan iman sebagai rukun negara?bukankah ia jalan yg paling terbaik yg sepatutnya?lihat sahaja zaman othmaniah dan sebelumnya bagaimana masyarakat hidup didalam konsep rukun islam dan iman lebih baik dan sempurna sistem perhubungan diantara kaum dan agama seperti islam,kristian,jew dan sebagainya sebelum di rosakkan oleh tangan tangan yg tidak nampak (Hidden hand)serta cantus cantus freemason pada sezaman itu telah menghancurkan semuanya,melalui melahirkan serta menwujudkan balaci balaci zionis seperti atarturk dan sebagainya dimana ia bermulalah era nwo bahagian kedua didalam mengerakkan misi mereka itu melalui perang dunia 11.ada lagi seekoq...individu itu dan amat berkait rapat secara dasarnya ia adalah hitler..dalam bentuk yg sedikir berbeza..yahudi mana yg dia bunuh????yahudi yg menjadi kawan,teman,dan sahabat pada orang orang muslim di zaman othmaniah ataupun yahudi zionis yg digelar puak puak khazar...itu? ingatlah sekarang mereka mereka ini ada disekeliling kita dan dah pun menjadi sebahagian dari kita malah idealogi mereka telah meresap dan mengalir dalam fahaman dan fikiran kita tanpa kita sedar.oleh itu hanya dengan al quran dan hadislah jalan terbaik dan sememangnya dijanjikan allah swt pada insan yg beriman pada nabi dan rasulnya akan terselamat dunia dan aqirat...terutamanya terhindar dari menjadi umat umat azazil maupun luciferian..secara sedar ataupun tidak....yg akan di bodohkan oleh dajjal dajjal..diciptakan oleh mereka yg pandai berbahasa melayu dan mmg pun asalnya dari bangsa yg dijanjikan yg banyak sedang berjuang memusnahkan keaslian islam sebagai cara hidup yg paling terbaik disisi allah swt...

    BalasPadam
  21. kalau nak tulis pasal orang mcm ni, tak perlu guna perkataan "BELIAU" ler...

    BalasPadam
  22. Diri sendiri yg salah bukan kerajaan....konsep sekarang ni semua kerajaan yg salah samalah macam Allah yg salah...kerana cipta manusia..Allah bagi acuan hidup tapi manusia yg merubahnya...kerajaan sekarang bertindak sebagai pemerintah..kalao benda salah kenapa diikut..benda betul pun tak dibuat mcmana?..maki hamun saudara Islam sendiri tu bgs ke?..Allah suh maki hamun ke?..gerakan dakwah kena ada strategi..bukan makin hamun..melayu kena sedar..Islam tu bukan hak org melayu jadi xperlu ikut perangai cara melayu..berontak pantang dicabar..keras...tapi bab usaha malas...bab kerjsama dengki..khianat suma ada..bila la melayu nk betsatu..saudara Islam sendiri dilaga2kan..terlampau fanatik tanpa guna akal ygAllah beri...

    BalasPadam
  23. Ye je atikel ni...nk kene tanye org turki nie...sampai bomba simbah rumah...aku sokong anjang aki ckp kat atas nu..pasal sejarah tmpat tu blaku lgi tpt bbanding cerita bsumberkn mklumat mulut ke mulut...aku bru blik Ankara atas sbb kerja,jumpa imam syaifullah,bnyak salah dlm kisah yg aku dgr dri sekolah dulu..

    BalasPadam
  24. Setiap ulasan ada alasan-alasan masing-masing.

    BalasPadam
  25. bersatu buang yg kita benci kerana kebencian ciptaan musuh.kasih sayang yg kita harus semai sesama umat islam dan sesama mahluk.sayangi dirikita supa tidak tercampak keneraka dan sayangi saudara seagama supaya tidak sesat,sayangi sesama mahluk kerana iblis bersupah.kafir pun anak cucu adam,jadikan islam contoh kita bersatu disurau dan masjid anak isteri kita bertudung menutup aurat,.itu dulu jika kita berjaya yg itu baru kita boleh besarkan untuk yg lain

    BalasPadam
  26. bersatu buang yg kita benci kerana kebencian ciptaan musuh.kasih sayang yg kita harus semai sesama umat islam dan sesama mahluk.sayangi dirikita supa tidak tercampak keneraka dan sayangi saudara seagama supaya tidak sesat,sayangi sesama mahluk kerana iblis bersupah.kafir pun anak cucu adam,jadikan islam contoh kita bersatu disurau dan masjid anak isteri kita bertudung menutup aurat,.itu dulu jika kita berjaya yg itu baru kita boleh besarkan untuk yg lain

    BalasPadam

Terima kasih atas komen yang diberikan (jika ada). Saya amat menghargai jika anda memberikan identiti diri. 'anonymous' itu agak kurang selesa. Sekali lagi diucapkan Terima Kasih...